Penyebab Gejala Penyakit Gastrik Yang Dapat Anda Ketahui

Penyebab Gejala Penyakit Gastrik

Penyebab Gejala Penyakit Gastrik adalah sakit dibahagian perut yang membuatkan anda tidak selesa. Penyakit ini terdiri daripada 3 jenis iaitu:

  • Gastritis ringan: Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.
  • Gastritis berat: Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  • Ulser gastrik (peptic ulcer): Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut pula menghasilkan lapisan mukosa yang dianggap sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik kerana asid ni bersifat agak kuat di dalam perut kita.

Penyebab Dari Gejala Penyakit Gastrik

  1. Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
  2. Pengambilan makanan yang berlemak, pedas, berkafein, bergas secara tidak terkawal
  3. Waktu makan tidak teratur
  4. Perokok/perokok pasif
  5. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
  6. Pengambilan alkohol

Sebelum keadaan menjadi lebih kritikal, anda perlu merujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Berikut Penyebab Gejala Penyakit Gastrik

  • Kembung perut

Perut kembung disebabkan perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan kesan daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam.

Asid berlebihan tersebut akan melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angina perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.

  • Senak perut

Sakit perut pada bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.

  • Pedih ulu hati

Pedih ulu hati merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

Keadaan ini sering menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak.

  • Kerap muntah

Kerap muntah antara simptom gastrik yang mana isi muntahnya mungkin jernih, kuning, atau kehijauan, mengandungi jalur darah atau darah sepenuhnya bergantung pada tahap gastrik.

  • Badan berasa lemah dan lesu

Apabila sakit ini telah menyerang badan anda, secara automatik badan anda akan sentiasa lemah dan lesu kerana menahan sakit yang sememangnya membuatkan badan tidak selesa dan penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *